Sabtu, 4 Disember 2010

Di saat waktu di bilang dengan jari...

Kenapa aku tutup blog?

OK tu cerita lain kali...

Within several days, aku akan berkahwin, berumah tangga, membina keluarga, menjadi tidak bujang, bersuami dan ape lagi lah yang seangkatan dengan nya..

Erk..ape lagi aku nak type ni?

Sejak2 tidak memblog aku memang sukar sikit nak menaip karangan cerita mahupun ceritera hidup aku.
Sekarang ni banyak yang ada dalam otak aku, nak buat itu buat ini.. tapi sebab rasa banyak sangat,
last2 aku bukak TV layan tv je, malas nak fikir.. bole? haha

Apa perasaan nak kahwin?

First sekali bersyukur...Ni memang susah nak gambarkan... Alhamdulillah...*
Lepas tu rasa gembira giler.. Salah satu matlamat hidup akan tercapai. Betul la kan, salah satu matlamat hidup nak kahwin... sunnah Rasulullah saw...
Lepas tu tertekan...tapi sikit la. Sebab aku ni kalau fikir fikir dan fikir aku jadi takleh nak buat kerja pastu kang tibe2 aku nangis je kang. Umur 28 eh belum 27 tahun pun sebuk nak nanges2..
Tertekan sebab rasa itu tak kena ini tak kena, tak perfect lah ape lah, walhal mmg tiada satu majlis pun yang sempurna...
Cuma aku harap yang terbaik lah hendaknya...
Lepas tu cuak2 sebab ..ye la dah kawin nanti kan... nak jadi perangai macam mana? Bukan la aku nak ubah perangai aku jadi orang lain..
Tapi nya macam x sesuai la tiba2 kang aku tido kat katil tengah2 conquer sorang2 kan, yela selama hari ni sorg2 ape! tibe2 ade insan lain...
Oii oii ape cerita pasal katil2 ni?? hahahahahha padahal mmg cuak pun bab2 katil hahahaha... dah2 jangan menyeleweng! tak baik..

Dalam banyak2 yang aku risau, pasal baju nikah, baju sanding, pelamin, sampai yang kecik2 pun aku risau macam kipas, payung, tempat merenjis, khemah eh khemah besar..
Semua aku risau... sampai aku dah fikirkan dah, air mawar dalam tempat merenjis tu nak buh air apa? adekah butik pengantin bagi? Tapi bukan ke bunga rampai yang daun pandan tu buat sendiri?
So air mawar tu sendiri la kan, mana pulak nak cari mawak nak rendam pastu buat air nya? Huh...remeh btol la nak kawin ni...

Nasib baik ada sorg umat Nabi Muhammad ni cakap kat aku, letak aje air mawar yang beli kat kedai tengah2 jusco tu. Ala yang kartika marta tila'a tu. hahahahah cop mustika ratu kot.
Siapa yang ckp kat aku tu serius aku dah lupa... tapi dalam hati aku sempat la cakap, aduhai duit lagi.... hohohooh air mawar pun kena beli....
Tapi aku beli jugak, sebab aku malas nak fikir nnt nak letak air ape, tak pasal2 aku letak air paip je kang. Tapi sebenarnya2 aku fikir, kalau aku tak beli air mawar yang harga RM8 tu, nanti aku kena
letak air paip+minyak wangi... oh tidak2.. aku kedekut prefume aku... walaupun perfume aku x mahal mana, tapi aku tetap kedekut.. nanti bunga rampai nak wangi kena letak perfume jugak kan? oh....

Pasal air mawar pun kecoh...

Pada saat2 yang tak berapa nak cukup dan terlalu hampir ni, aku dah tune otak aku kepada mode REDHA. Paham x mode redha tu ape? huhu...
Yela dah usaha kan, walaupun taklah berpuas hati 100% tetapi masih aku dapat rasakan persediaan yang melebihi 6 bulan ni, sudah hampir lengkap walaupun tak sempurna.
Walaupun persediaan 6 bulan, tapi banyak yang kena buat di akhir2 waktu juga. Macam2 sebab lah antaranya kewangan. Fuh, nak duit macam air paip ok.. nasib tak macam air tangki.
Sebab nya beringat2 untuk di kemudian hari. Memang agak sakit. Plan awal tak menjadi dek kerana ingat dapat bonus tahun ni, dapat la cover2 sket, tapi nampak nya tak ada rezeki bonus.
Maka dengan itu.... berpada2 lah semoga semua perbelanjaan berada di tempatnya.

Dah lama tak membebel, jadi tanak lah bebel panjang2 sangat....
Pada kawan2, yang mengenali, jemput lah ye hadir ke majlis kami untuk memeriahkan dan mendoakan kami... Doakan juga agar masa majlis kami, tidak hujan. Aku tahu hujan, adalah rahmat Allah, tapi aku risau tetamu tak selesa.
Risau sangat kalau hujan. Tapi kalau hujan juga, aku redha... mode redha tengah kuat ni :p

P/s: selamat kembali memblog di ucap pada diri sendiri... kalau kerajinan berpanjangan :p